Shugo daimyo Daimyo

Shugo daimyo (守護大名, shugo daimyō) ialah kumpulan pertama yang memegang gelaran "daimyo". Mereka muncul dari kalangan shugo semasa Zaman Muromachi. Shugo daimyo tidak sahaja memegang kuasa ketenteraan dan polis, malah juga kuasa ekonomi dalam sesebuah wilayah. Mereka mengumpulkan kuasa-kuasa ini sepanjang kurun-kurun pertama zaman Muromachi.

Daimyo Matsudaira Katamori bertandang ke kediaman salah seorang pengikutnya. Boneka pakaian di dalam bangunan di Aizuwakamatsu

Kebanyakan shugo daimyo datang daripada keluarga-keluarga seperti Shiba, Hatakeyama dan Hosokawa. Juga, keluarga-keluarga tozama seperti Yamana, Ōuchi dan Akamatsu. Daimyo terhebat memerintah wilayah berganda.

Keshogunan Ashikaga meminta shugo daimyo agar menetap di Kyoto, jadi mereka melantik kaum kerabat atau pengikut yang dipanggil shugodai, untuk mewakili mereka di wilayah induk mereka. Akhirnya sesetengah wakil ini pula datang menetap di Kyoto sambil melantik pemangku-pemangku di wilayah-wilayah tersebut.

Perang Ōnin adalah satu pemberontakan utama yang shugo daimyo saling berperang sesama sendiri. Semasa tempoh ini dan perang-perang lain, kuni ikki, atau pemberontakan wilayah, berlaku kerana para pahlawan tempatan yang berpengaruh mahukan kemerdekaan daripada shugo daimyo. Para pemangku shugo daimyo yang tinggal di wilayah-wilayah itu merebut peluang untuk memperkuatkan kedudukan mereka. Pada penghujung kurun ke-15, shugo daimyo yang berjaya kekal berkuasa. Mereka yang gagal mengawal pemangku mereka kehilangan kuasa dan digantikan oleh kelas baru, "sengoku daimyo" yang muncul dari pangkat-pangkat shugodai dan kokujin.